Friday, December 16, 2011

~Nasihat buat seorang Isteri...(dari kisah Fatimah r.a & Ali)

  Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.a dlm keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahandanya. Baginda melihat kedua mata Fatimah r.a berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih.


Lalu baginda bertanya; 'Mengapa wahai anakku?'

Fatimah r.a menjawab;
"Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya; 'Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah SWT"

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah r.a; " Wahai anakku, Demi dzat yang telah mengutusku sebagai nabi dgn agama yang Haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solah jenazahmu" Kemudian, baginda selaku seorang ayah menasihati puterinya;

1. Wahai anakku, tidakkah engkau ketahui bahawa redha suami adalah redha Allah dan kemarahan suami adalah kemarahan Allah.

2. Wahai anakku, seorang wanita yang beribadah betul2 seperti ibadah Mariam puteri Imran tetapi suaminya tidak redha kepadanya, Allah swt tidak akan menerima ibadahnya.

3. Wahai anakku, amal yang paling utama bagi para wanita ialah TAAT suami dan sesudah itu tidak ada lagi amal yang paling utama dari duduk bermesra-mesraan dengan suaminya

4. Wahai anakku, duduk satu jam bergaul mesra dengan suami lebih baik dari ibadah satu tahun dan dicatat tiap-tiap pakaian yang dikenakan pada waktu bergurau mesra seperti pahala seorang yang mati syahid.

4. Wahai anakku, sesungguhnya seorang wanita jika bergurau senda dan memakaikan pakaian untuk suaminya serta anaknya, pasti baginya syurga. Allah swt membina sebuah kota di syurga untuk setiap pakaian yang dipakaikannya.



Sabda Rasulullah s.a.w ; " Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hatimu, apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tiada, dia menjaga maruahnya dan menjaga hartamu" {Riwayat al-Tabarani}

No comments:

Post a Comment