Wednesday, October 26, 2011

~PERJUANGAN itu BUKAN ANGAN-ANGAN!


(Inilah ciri2 idaman mujahidku,:) insyaALLAH!)


"Berjuang!berjuang!berjuang!
  Hayya bil JIHAD!!!
  Takbir!!!
  ALLAHUAKBAR!
  Ayuh kita berjuang untuk ISLAM!"

Bangkitlah wahai diri dan sahabat2!
jangan engkau terlena dengan buaian mimpi di siang hari,
jangan engkau kalah dengan nafsu dan perasaanmu yang tidak pernah berkesudahan membelenggu dirimu,

Wahai diri dan sahabat2ku!
Kita sudah tiada masa lagi untuk melayan semua itu,
Semua itu hanyalah membuang masa,
Sungguh, banyak perkara lagi untuk difikirkan,
Tentang masa depan ISLAM, Bertanyalah pada diri masing2..
Kita hidup bukanlah hanya untuk diri kita semata,
Tetapi, untuk ISLAM!
Apakah sumbangan yang telah kita hulurkan untuk ISLAM???
Masa ? Wang ? atau Tenaga ?
Jika kalian adalah kaum Hawa,
bangkitlah dalam menjadi sayap kiri Perjuangan kepada suamimu..
berilah kefahaman,nasihat dan doronglah dirinya untuk ISLAM..

Untuk sebuah PERJUANGAN yang sebenar,
semua itu PERLU!
Jangan hanya manis di bibir mahu berjuang, namun tiada usaha ke arah itu,
Sungguh! semua itu hanyalah angan2 belaka.
BerJuanglah di 'medan PERJUANGAN' yang sebenarnya bukan di 'medan PERMAINAN',

PERJUANGAN itu perlukan PENGORBANAN!
PENGORBANAN YANG TIDAK PERNAH TERHENTI!!!
Itulah PERJUANGAN yang SEBENAR2NYA...

"Ya ALLAH!,kuatkanlah kami dalam PERJUANGAN AGAMAMU ini...
Allahumma amin! "

~SALAM PERJUANGAN buat diri ini dan sahabat2 fillah..

Thursday, October 20, 2011

~Dakwah...

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

                                                                

Gerakan dakwah merupakan gerakan yang syumul sebagaimana karakteristik Islam itu sendiri yang bersifat ‘syumuliah’ (lengkap dan menyeluruh) sehingga memerlukan wasilah yang juga menyeluruh untuk mencapai tujuan dan meraih kemenangan.

Segala aktiviti yang menyeluruh sentiasa dilakukan oleh seorang aktivis dakwah sebagai sebahagian dari amal dakwah.

Tentu sahaja tidak hanya sekadar aktiviti semata-mata yang nampak, namun di sebalik itu mesti ada motivasi asas dan inspirasi kerohanian. Ini adalah modal yang asasi bagi tercapainya tujuan dan teraihnya kemenangan.

Motivasi dan inspirasi kerohanian ini merupakan dinamo dan kekuatan batin yang :

a.       Menggerakkan.
b.      Mengawal.
c.       Memberinya kekuatan luar biasa.

Ianya sebagaimana gunung yang nampak di permukaan laut kerana adanya dorongan dari dalam bumi.

Tanpa adanya motivasi dalam jiwa, mustahil umat ini akan bangkit untuk merubah dirinya.

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS Ar Ra'd : 11)
  
Paling tidak ada tiga perkara yang perlu kita tanamkan pada diri kita agar membuatkan kita semakin bermotivasi dalam aktiviti dakwah.

PERTAMA : KITA MESTI MENANAMKAN PADA DIRI KITA BAHWA RISALAH YANG KITA BAWA INI ADALAH AL HAQ SEDANGKAN YANG LAIN ADALAH AL BATHIL
  
Ini sebagaimana Rasulullah saw menanamkan kepada para sahabatnya bahwa :

1.      Risalah baginda adalah sebaik-baik risalah.
2.      Manhaj baginda adalah yang paling utama.
3.      Syariat yang baginda bawa adalah sistem perundangan yang paling sempurna.

"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab." (QS Al Zukhruf : 44)
  
KEDUA : KITA MESTI TANAMKAN DALAM HATI KITA BAHWA SELAMA KITA BERADA DALAM KEBENARAN DAN MENJADI PEMBELANYA, MAKA KITA BERADA DI ATAS JALAN YANG TERANG DAN SELAIN DARI ITU BERERTI KEGELAPAN
  
Untuk itulah, kita mesti bersiap sedia menjadi pemikul dan pembela kebenaran ini.

Ini sebagaimana yang Rasulullah saw tanamkan ke dalam hati para sahabat bahwa selama di tangan mereka tergenggam petunjuk dari langit untuk membimbing manusia, maka kesannya  mereka perlu menjadi pemandu dan pengarah kepada umat manusia.

Mereka mestilah menjadi :

a.       Pembimbing.
b.      Pendidik.
c.       Penunjuk jalan.
d.      Penuntun manusia.

ke arah kebenaran di atas jalan yang lurus.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS Ali Imran : 110)
  
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (QS Al Hajj : 78)
  
KETIGA : KITA MESTI TANAMKAN DALAM HATI KITA BAHWA SELAMA KITA YAKIN DENGAN KEBENARAN DAN MERASA BANGGA BERPEGANG PADANYA, MAKA SELAMA ITU PULA ALLAH BERSAMA KITA DAN AKAN MENOLONG KITA
  
Ini sebagaimana yang Rasulullah saw tanamkan kepada para sahabat bahwa Allah pasti akan memberi petunjuk, mendukung dan memenangkan mereka di saat tiada seorang manusia pun mahu menolong, membantu dan berjuang bersama mereka.

Dia akan sentiasa bersama di mana pun mereka berada. Di saat para tentera bumi tidak ada yang mahu bangkit bersama mereka, Allah akan menurunkan bantuan dari tentera langit untuk mereka.

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (QS Al Hajj : 40)
  
"Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasulKu pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (QS Al Mujadilah : 21)
  
"...Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman..." (QS Ar Ruum : 47)
  
Demikianlah ketiga perkara di atas perlu kita tanamkan kepada diri kita, iaitu :

1.      Iman kepada keagungan risalah Islam.
2.      Bangga dalam memeluk agama Islam.
3.      Yakin akan datangnya pertolongan Allah.

Ini sebagaimana yang Rasulullah saw dan para sahabat yakini sehingga memperolehi kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kehidupan ini adalah sebuah ujian dan tentangan.
Tanpa ada sikap optimis, agak sukar rasanya untuk kita menikmati kehidupan di mana kelemahan dan keputusasaan akan menyelimuti seluruh benak pemikiran kita.
Jangankan hendak menambah tenaga kehidupan, malah mempertahankan nilai-nilai kebaikan yang dimiliki oleh kitapun sangat sukar untuk dilakukan.
Akibatnya :
  1. Potensi sebesar manapun akan hilang diganti dengan berbagai corak rasa ketidakupayaaan.
  2. Fikiran akan terus menerawang mengelilingi halangan dan rintangan yang semakin hari semakin membesar.
  3. Tiada usaha dan tiada karya yang mampu tergilap bahkan yang ada hanyalah keluh kesah.
  4. Hari-hari dipenuhi oleh awan hitam yang menggelapkan pandangan.
Sungguh mustahil sebuah kebesaran akan lahir dari orang-orang yang bersikap penuh pesimistik.
Membangun kebaikan bagi dirinya sahaja ia tidak mampu maka bagaimana mungkin ia mampu membangun kebaikan untuk orang lain?

Oleh yang demikian, tidak ada dalam sejarah di mana sebuah kemenangan mampu diperolehi oleh orang-orang yang berputus asa.           

Jika putus asa yang menghantui seseorang individu biasa sahajapun akan berakhir pada sebuah kehancuran, maka bagaimana jika ia menghantui para pemikul risalah?

Risalah dengan berbagai halangannya mesti dipikul oleh orang-orang yang memiliki sikap optimis yang tinggi.

Boleh jadi, orang awam merasa tidak yakin dengan ketinggian cita-citanya akan tetapi seorang pejuang sangat yakin akan cita-citanya.

Ketika Imam Hasan Al Banna meletakkan gagasan cita-citanya untuk menegakkan Khilafah Islamiyah’ di permulaan dakwahnya, sungguh ramai orang yang menganggapnya ia hanya sebuah mimpi.

Namun beliau mengatakan :
“Sebahagian manusia memandang cita-cita ini sebagai khayalan akan tetapi kami memandangnya sebagai sebuah kenyataan dan Allah bersama cita-cita kami yang besar ini.”

Dorongan Rabbani tentang rasa optimis begitu sedemikian kuatnya kerana dengan itulah kemenangan demi kemenangan mampu diwujudkan.

Lihatlah kisah Bani Israil di tengah-tengah tekanan hebat dan kelemahan yang amat sangat, Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka.

Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun Termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (QS Al Qashash : 4-5)

Bagi para pejuang yang kaya dengan jiwa optimis, tidak pernah memandang kebendaan adalah segala-galanya. Kekuatan tenaga manusia dan logistik bukanlah penentu sebuah kemenangan.

Sepanjang perjalanan kebenaran, kisah kemenangan pejuang aqidah dalam jumlah yang kecil mampu mengalahkan jumlah yang besar bukan lagi cerita kosong tanpa bukti.

Apa kurangnya kehebatan Fir’aun dan bala tenteranya?

Jumlah tentera, kekuatan dana dan persiapan logistik yang lebih dari mencukupi dan bukan itu sahaja bahkan dukungan tokoh, ahli agama dan organisasi massa pada masa itu berpihak kepada dirinya. Rasa menang tidak hanya sekadar rasa tapi sudah berubah menjadi sebuah keyakinan yang terhunjam dalam dada.

Kesombongan demi kesombongan diperlihatkan oleh Fir’aun dan kuncu-kuncunya. Perasaan besar telah membuatnya sanggup melakukan sesuatu secara sewenang-wenangnya. Fitnah, merendah-rendahkan, mencela, berlaku curang dan mahu menang sendiri menjadi aktiviti harian Fir’aun.

Sukar rasanya untuk membayangkan Fir’aun dengan keperkasaan dan siasah politiknya boleh ditumbangkan. Sikap diktatornya sudah melampaui batas hingga menguasai seluruh pelosok negara. Politik pecah belah, pelanggaran hak asasi manusia dan pembunuhan terhadap anak laki-laki menjadi suatu instrumen ‘terror’ yang menakutkan dan dapat melemahkan siapa sahaja yang dianggap lawan politiknya.

Namun Allah swt tidak membiarkan orang durhaka semakin durhaka dan orang lemah semakin lemah. Justeru dipuncak kejayaannya, Fir’aun tumbang dalam keadaan yang mengerikan iaitu tenggelam dengan seluruh kekuatan yang dibangga-banggakan dengan cara yang sukar dibayangkan.

Allah swt menghadirkan rijalud da’wah’, Nabi Musa as yang justeru dibesarkan di dalam istananya sendiri. Begitulah kuasaNya.
”dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.” (QS Yusuf : 21)
”Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.” (QS Ali Imran : 26)

Kisah Musa dan Fir’aun bukanlah kisah pertama dan terakhir dalam pentas sejarah dakwah iaitu kemenangan ‘mustadh’afin’ ke atas kekuatan ‘mujrimin’.

Kemenangan Thalut ke atas Jalut menjadi kisah penguat bagaimana kemukjizatan tentera Allah swt dimenangkan ke atas tentera kebatilan, meskipun jumlah tenaga manusia, persiapan logistik dan wasilah sangat terbatas.
Berapa banyak kelompok yang sedikit mampu mengalahkan kelompok yang banyak dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar”. (QS Al Baqarah : 249)

Benarlah apa yang dikatakan oleh Abdullah Bin Rawahah pada perang Mu’tah ketika 3000 pasukan muslimin berhadapan dengan 200,000 pasukan kafir, ketika kaum muslimin bimbang untuk mengahadapinya maka beliau berkata :
“Wahai kaumku tidaklah kita memerangi manusia dengan jumlah tenaga tenteranya juga tidak dengan kekuatan senjata dan banyaknya perbekalan, akan tetapi kita memerangi mereka dengan kemuliaan agama ini yang dengannya Allah memuliakan kita, maka majulah kerana sesungguhnya telah tersedia dua kebaikan; menang dengan kemuliaan atau syahid mendapat syurga”. 

Sejarah kembali mengulangi kisah perang Ahzab yang mendebarkan di mana pasukan ‘multi nasional’ bersatu menghadapi al haq’ serta bersepakat dengan satu tekad untuk memusnahkan dan menghancurkan kaum muslimin dengan segala kekuatannya.

Suasana sungguh mencengkam di mana sepuluh ribu ‘kafirin’ dengan senjata dan logistik ynag lengkap mengepung Madinah di musim dingin dalam keadaan kekurangan makanan yang semakin menambah rasa takut. Keadaan semakin menjadi parah dengan pengkhianatan Yahudi laknatullah’. Pemikiran kaum muslimin pada hari itu diuji, di mana tidak kurang juga mereka yang berhati ‘nifaq’ menyatakan ingin mengundur diri dari jihad dengan alasan yang dibuat-buat, rasa takut telah benar-benar menguasai mereka :
“(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan (Kerana hebatnya perasaan takut dan gentar) dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.” (QS Al Ahzab : 10-11)

Mereka membuat makar dan Allah sebaik-baik pembuat makar, kesombongan mereka Allah porak-porandakan dengan seorang ”aktivis muda” yang baru bergabung dalam dakwah iaitu Nu’aim bin Mas’ud. Sungguh tidak masuk akal perkara ini berlaku, namun begitulah kenyataannya.

Optimis terhadap kemenangan memang merupakan modal besar perjuangan yang tidak boleh dilupakan dan ia mestilah tertanam kuat dalam sanubari aktivis dakwah kerana kemenangan adalah tradisi dakwah yang diwarisi, selama mana syarat-syaratnya dipenuhi iaitu kebersamaan kita dengan Allah swt.

Tidak ada perkataan kalah dalam kamus dakwah selama mana kita bersama barisan kebenaran dan selama mana kebenaran tetap ada dalam hati-hati kita.

Goncangan-goncangan yang hebat di awal perjuangan sering mengusik hati terhadap sebuah sikap optimis.

Berat terasa bagi Khabab Al Araat ketika melihat bahwa tekanan yang dirasakan semakin dahsyat. Jangankan untuk membela diri, sekadar menghindarkan dari kesulitanpun sukar dilakukan. Tidak tahan melihat kenyataan yang dihadapi maka beliau mengadu kepada Rasulullah saw :
”Ya Rasulullah tidakkah engkau mampu berdoa kepada Allah agar Allah membinasakan orang kafir yang melampau batas?”

Namun Rasulullah saw menjawab dengan nasihat dan sikap optimis :
”Wahai Khabab, sesungguhnya orang-orang sebelum kita ada yang dikubur hidup-hidup, disikat dengan sikat besi dan dibelah menjadi dua, akan tetapi engkau tidak sabar. Ketahuilah bahwa Allah akan memenangkan agama ini hingga orang akan merasa aman ketika berjalan dari Sanaa ke Madinah dan tidak ada yang ditakuti kecuali haiwan buas.” 

Dalam medan sesukar manapun, sikap optimis terhadap kemenangan tidak boleh hilang. Hilangnya sikap optimis bererti hilanglah kemenangan. Putus asa dan tidak berdaya dalam menghadapi kesukaran yang bersangantan adalah dilarang.

Firman Allah swt :
”Wahai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir“.

Kebenaran adalah modal membangun sikap optimis. Selama mana kita berada bersama barisan kebenaran maka optimis terhadap kemenangan sentiasa ada.
Yakinlah bahwa : Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar’.

Mempertahankan dan membela kebenaran adalah suatu yang fitrah kerana jika kita mati, akan menjadi syuhada’ dan jika kita menang, maka akan bernilai kemuliaan.

Bermodalkan kebenaran inilah para ‘salafus soleh’ memiliki keberanian luar biasa dalam dakwah. Mereka tidak segan-segan mengingatkan para penguasa tanpa ada rasa takut dan gentar.

Kita meyakini benar bahwa sesungguhnya kemenangan hanyalah datang dari sisi Allah swt.
”Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kita juga meyakini bahwa sesungguhnya kemenangan juga atas keizinanNya :
”Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Dengan yang demikianlah kita yakin sepenuhnya bahwa kemenangan akan menjadi milik :
  1. Siapa yang dekat kepada Allah swt. 
  2. Siapa yang memperolehi keizinan dariNya.  
Manakala ia bukanlah bagi pemilik banyaknya tenaga manusia dan material.

Maka, tidak layak bagi para pejuang berpangku tangan dengan berbagai alasan ketika melihat kemungkaran bermaharajalela.

Adakah hati nurani ini padam ketika melihat kezaliman, kedustaan dan kedurjanaan menjajah kebenaran?
Mari kita persiapkan segala potensi yang kita miliki untuk :
  1. Menghadapi sebuah perjuangan besar.
  2. Mengatur strategi.
  3. Menguatkan kesabaran.
  4. Menghilangkan rasa gentar. 
  5. Bekerja dan berjuang bahu membahu melawan kebatilan.
Ya Allah, kami bermohon dan bermunajat kepadaMu dengan penuh keikhlasan untuk meningkatkan motivasi dakwah kepada kami serta menguatkan sikap optimis terhadap kemenangan kerana kami yakin bahwa kemenangan sentiasa menjadi milik orang dekat denganMu dan yang mendapat keizinan dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

(Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia)

Tuesday, October 18, 2011

~Cinta dakwah menuju Baitul Dakwah

Assalamua'laikum wbt.

[Sebuah perkongsian dari seorang sahabat muslimin yang ana ambil dari sebuah blog, bacalah.. Semoga bermanfaat untuk semua,insyaALLAH! ]




Akhi/ Ukhti Fillah …
Entry ini adalah tulisan ana dan cetusan pengalaman ana didalam dakwah dalam mencari isteri yang sekufu dalam meneruskan agenda yang tiada noktah didalam kerja kerja dakwah dan jadikanlah sebagai guide line untuk mencari pasangan hidup sekiranya kita cintakan kesenambungan dakwah. Segala kekurangan dan kesilapan dapat dimaafkan agar dapat di beri komen yang membina untuk kepentingan kita bersama. Insyaalah.
Teruskan menghayatinya …
~Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah.
~ Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang  ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan.
Antum tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat. Dan kita tiada pilihan. Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah. Celupan. Sibghah dari sibghah Allah.
Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait’ul Dakwah. Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim/muslimah berqualiti harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.
Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit. Pemuda pemudi harus mempunyai mind set ini supaya bersedia membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi supaya nanti antara kita tidak tercari cari dan teraba raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
Bersedialah berIntima’  ( Ikat diri ) dengan Jamaah kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah tanpa bergantung pada arahan mas’ul atau naqib serta jamaah. Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimenfaatkan jamaah dan terkadang mutarabi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!
Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, Ini sesuatu yang harus diberi perhatian. Terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.
Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja kerja dakwah.Tanpa sifat sifat asas ini sukar untuk mengujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.
Sebagai seorang da’i, ana cuma nak sentuh masaalah pemilihan bakal isteri. Sabda nabi
Dunia ini adalah perhiasan dan sebai baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu
~Muslim
Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris ? Hadis nabi ini maha benar tapi pada pandangan ana, isteri seorang da’i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja dan pastinya ada syarat2 lain lagi.
Mungkin dari pengalaman pergaulan ana, ana lihat hanya satu ini yang perlu kita pastikan. Bagi da’i yang ingin berkahwin harus menitik beratkan perkara ini dalam diri seorang wanita dan wanita daiyah yang ingin kan da’i juga harus melihat sifat ini supaya pembentukan keluarga dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat
Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri2 Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka samaada redha didalam susah atau  bersedia menerima talaq! Firman Allah:~
Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu
~ Al Ahzab 28~29
Realitinya perempuan yang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran  dan cintakan kebendaan tidak mungkin dapat berjuang melainkan apabila ia membebaskan dirinya dari sifat sifat tersebut dan menyintai akhirat. Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da’i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah  adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu  usaha dakwah.
Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada istri2 nabi apabila mereka demand ttg hidup mereka
Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri isteri  yang lebih baik dari kamu ~ yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa ~ janda atau anak dara
~ Tahrim 5
mengantikan baginya isteri isteri  yang lebih baik dari kamu ~ ayat ini telah merubah sifat sifat cintakan keistimewaan semua isteri nabi kepada amal soleh kerana takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
Satu yang perlu diberi perhatian bagi para daiyah yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang duat adalah, jelas niatnya. Daiyah itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da’i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan dai itu. Dengan ertikata menjadikan Dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
Jika inilah yang kita semua fahami duhai ikhwah/ akhawat, insyallah pastinya kita dapat mengujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.

(Sumber: Sila layari blog asal perkongsian ini untuk lebih informasi: http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/05/09/cinta-dakwah-menuju-baitul-dakwah/ )

Jakallahu khairan kathira. wassalam.

Sunday, October 16, 2011

~Bersabarlah atas beban Dakwah...


Menurut Al-Qur’an sabar yang keempat adalah sabar atas beban dakwah kepada Allah. Sebab para da’i menuntut menusia agar membebaskan diri dari hawa nafsu, lamunan-lamunan kosong, adat kebiasaan mereka, memberontak kepada syahwat, sembahan nenek moyang, tradisi kaum, dan kelas atau keturunan, memberikan sebahagian yang mereka miliki kepada saudaranya, dan mematuhi ketentuan-ketentuan Allah dalam bentuk perintah dan larangan, halal dan haram.
Sementara kebanyakan manusia menentang dakwah yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w, seperti menghadapi perlawanan yang menggunakan segala bentuk senjata, harta, kekuasaan, kekuatan, wibawa, pengaruh dan sebagainya.
Tidak ada jalan lain bagi para da’i kecuali harus berpegang teguh dengan keyakinan serta bersenjatakan kesabaran dalam menghadapi kekuatan dan kekuasaan tiran.
Sabar di sini seperti dikatakan Imam Ali ra, merupakan pedang yang tak pernah tumpul dan cahaya yang tak bisa redup. Hal ini sesuai dengan yang disebutkan hadist sahih,


“Sabar adalah cahaya”.
Inilah rahasia dikaitkannya antara tawashibish-shabri dan tawashi bil haqqi dalam surat al-Ashr,

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”. (QS. Al-Ashr [103] : 1-3)

Sebab, kebenaran tidak dapat dipertahankan kecuali dengan sabar. Juga merupakan rahsia dikaitkannya kesabaran dengan amar ma’ruf dan nahi munkar di dalam wasiat Lukman Hakim kepada anaknya,

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah manusia dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (QS. Lukman [31] : 17)

Seolah-olah dia berpesan, selama engkau menyeru kepada manusia kepada kebaikan, memerintah mereka melakukan yang ma’ruf dan mencegah mereka dari yang mungkar, maka persiapkanlah dirimu yang memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran.
Beban-beban dakwah kepada Allah wujudnya beraneka ragam, di antaranya yang disebutkan al-Qur’an sebagai berikut,


Pertama, dalam bentuk keberpalingan manusia dari pendakwah. Sesuatu yang dirasa paling menyesakkan dada seorang pendakwah ialah penolakan manusia terhadap dakwah yang telah diserukannya.
Hal ini dapat kita lihat dalam munajat Nabi Nuh as kepada Allah, ketika mengadukan ikhwal kaumnya yang menolak dakwahnya.

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا
فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا
وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
“Berkata Nuh, Rabbi, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, tetapi seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap mengingkari dan menyombongkan diri dengan sangat” . (QS. Nuh [71] : 5-7)

Dalam dakwah Nabi Hud as ketika kaumnya berkata,
قَالُوا يَا هُودُ مَا جِئْتَنَا بِبَيِّنَةٍ وَمَا نَحْنُ بِتَارِكِي آلِهَتِنَا عَن قَوْلِكَ وَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ
“Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali akan meninggalkan sembahan kami karena perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kami”. (QS. Hud [11] : 53)

Juga dapat kita lihat dalam dakwah Nabi Muhammad saw ketika Allah menjelaskan sikap kaumnya kepadanya,
حم
تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ
“Haa Miim. Diturunkan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, sebagai berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (darinya), maka mereka tidak mahu mendengarkan. Mereka berkata : Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan diantara kami dan kamu ada dinding maka bekerjalah kamu, sesungguhnya kami bekerja pula”. (QS. Fushilat [41] : 1-5)

Oleh sebab itu, Allah bersifat kepada Rasul-Nya,
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka”. (QS. An–Nahl [16] : 127)

Pendakwah yang telah mencontohkan bentuk ini secara mengagumkan adalah Nuh as, ketika ia menghadapi keberpalingan dan rintangan yang tidak pernah lagi dihadapi oleh pendakwah sesudahnya.
Dalam bentuk gangguan manusia dengan ucapan atau perbuatan. Tidak ada sesuatu yang paling menyedihkan sesorang da’i yang mukhlis, yang bersih dari hawa nafsu dan sangat mencintai kebaikan bagi manusia, daripada sikap manusia yang menyambut nasihatnya dengan tuduhan-tuduhan palsu, yang menolak seruannya ke jalan Allah dengan kekerasan, yang membalas kebaikannya dengan kejahatan, yang menuduh aktivitinya yang konstruktif dengan merongrong keamanan negara.
Kadang-kadang persoalannya tidak hanya sampai di sini. Para thagut itu bahkan seringkali merampas hartanya, menyiksa tubuhnya, memasung kebebasannya, menodai kehormatannya, mengambil nyawanya, atau mengusirnya dari negara kelahirannya.
Inilah yang pernah disumpahkan al-Qur’an tentang kepastian terjadinyanya terhadap da’I Allah. Ketika Kitabullah menjelaskan hal itu kepada kaum Mukminin agar mempersiapkan dirinya dengan senjat sabar,


لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji menyangkut hartamu dan dirimu, dan juga kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang di beri Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu urusan yang patut diutamakan”. (QS. Ali Imran [3] : 186)
Dari sini kemudian Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk bersabar atas gangguan kaumnya.

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”. (QS. Al-Muzammil [73] : 10)

Semua nabi telah mencontohkan secara baik bentuk sabar ini. Kerana itu, Allah memberikan pujian dan kemuliaan bagi mereka yang bersabar di jalan dakwah dan jalan-Nya. Wallahu’alam.

(Sumber:Eramuslim.com)

Friday, October 14, 2011

~Dendam mereka terhadap ISLAM.Ketahui, siapa mereka?


Siapa Theodore Hertzel ?

Pencetus idea penubuhan negara Yahudi
(menulis buku Negara Yahudi : 1895)
"misi kalian bukanlah mengeluarkan
mereka dari Islam, walaupun yang
terakhir ini merupakan keberhasilan
yang paling gemilang. Tapi lebih pada
usaha bagaimana menjauhkan mereka
dari Islam..jadikanlah mereka sebagai
orang Islam yang tidak kenal
agamanya sendiri, orang Islam yang gemar
berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan,
hidup semata-mata untuk cari harta
dan jabatan..
jika umat Islam sudah menjadi
seperti ini,
maka misi kalian sudah berhasil..
laksanakan dan tunaikan misi kalian ini
dengan penuh kesedaran
(ucapan di Persidangan Yahudi
di Basle, Switzerland : 1897.)

 
Siapa William Ewart Gladstone ?
(1809 - 1898)

  Mantan PM Britain
zaman Queen Victoria
"selagi mereka ( umat Islam )
berpegang dengan kitab ini,
selama itulah mereka
bangkit dan kita tidak dapat
menundukkan mereka.
Oleh itu pisahkan mereka
dari Kitab ini".
(ucapan beliau sambil mengangkat
Al-Qur'an dalam Parlimen Britain
ketika membincangkan
penentangan umat Islam
terhadap penjajahan)


...
 
Umat ISLAM harus tahu strategi dan misi yahudi laknatullah dalam usaha menjatuhkan umat ISLAM.Kerana ia adalah satu jihad dalam usaha kita mempertahankan ISLAM dari terus menjadi alat permainan mereka laknatullah di atas muka bumi ini.
 
ISLAM WILL DOMINATE THE WORLD!
ALLAHUAKBAR!!!

~Apa itu erti Cinta buatku?

Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulillah, umurku kini sudah menganjak ke usia meningkat dewasa. Segala liku2 hidup yg ku tempuhi, ku hadapinya dgn penuh redha dan pasrah. Kerana ku yakin.. akan segala ketentuan dan takdirNya buat diriku pasti trkndung seribu rahsia dan hikmah yg tidak pernah kuketahui rahsiaNya. Segala ujian dan mehnah yg ditempuhi telah banyak sbnrnya mematangkn fikiranku utk menjadi seorang insan yg bermakna buat diri, keluarga, masyarakat dan yg plg utama adalah buat agamaku yg paling ku cintai dlm hidupku.ISLAM! Kehidupan yg penuh ranjau onak berduri mengajarku erti sebuah kehidupan di alam realiti.Selama ini, tanpa ku sedari...hidup penuh misteri dan khayalan semata. Mungkin krn trlalu bnyk pengaruh cerita2 palsu, cerita2 cinta, cerita2 mistik yg brmain di alam maya seolah2 ianya mggambrkn sebuah cerita di alam realiti. Mungkin ya! dan mungkin tidak!

Ujian @ mehnah dan tribulasi mengajarku erti sebuah Cinta yang hakiki, suci, murni dan sentiasa setia dalam menemani. Tidak pernah meninggalkan diriku walau sesaat sekalipun. Aku mula mnyedari semua ini stlh aku mghadapi stp kesusahan dn kepritan dalam hidupku.Tiada siapa pernah tahu. Tiada siapa pernah peduli...dan..tiada siapa pernah cuba untuk memahami melainkan diriNya yang Satu. Tapi, bagaimana aku sedar akan erti dan nilai sebuah Cinta itu?

Aku cuba menyelami ape itu makna Cinta yg sbnrnya. Sblm ini, aku plg tidak berminat dgn soal Cinta ini. Bosanlah!.Apakah ianya sekadar kata2 luahan isi hati dan ingin sehidup semati? Atau adakah dengan sekadar 'suka' dan 'brmnat' sudah memadai dlm menggambarkn erti Cinta yg sbnrnya?..Totally WRONG!

Sbnrnya, aku menemui erti Cinta dalam Ujian. Aku mmg tidak pandai dlm soal ini. Aku mula memahaminya bila hati tidak tenteram dan selalu ingin mencari 'nya'. Aku ingin setia pada 'nya'. Hati menjadi gundah gulana dan perasaan spt ade sesuatu yg tidak kena tanpa kehadirn'nya'.

Cinta hadir tanpa diduga tanpa pernah terfikir mengenainya dek trlalu sibuk dgn pelbagai urusan. Dalam mengharungi urusan sehari-hari, ujian datang tanpa diundang. Di situ, aku memerlukan kekuatan dan sokongan 'internally and externally' dlm mghdpi semua ini. Bukan mudah! Aku cuba untuk meluahkan sgl masalah yg terkalbu dlm hatiku kpd insan yg plg rapat dgnku jua kpd shbt2 yg ku rasa bleh mmbriku sdkit sbnyk motivasi. Alhamdulillah, w/p bgitu, 'feedback' yg ku terima sedikit sbnyk dpt m'bntuku mghdpi masalah yg dihadpi. Namun...ia tidaklah sebaik dgn apa yg diharpkan...

Tapi...apa kaitannya antara Cinta & Ujian?

Dalam Ujian, ku temui Cinta.
Cinta Luar Biasa.
Cinta yang tidak pernah meminta.
Cinta hadir tanpa diduga.
Cinta setia.
Cinta yang sangat Indah.
Cinta yang penuh kenikmatan dan suci.
Cinta hakiki dan yang pasti...kekal abadi...insyaALLAH!

Ujian yang menimpa, banyak mengajarku erti hidup berdikari. Menempuh segalanya berseorangan tanpa teman setia di sisi. Di situlah, aku kuat dan tabah menghadapi ujian krn aku sngt yakin ALLAH setia dalam menemaniku di saat tiada insan di sampingku. Di saat itu jualah, kebergantunganku yg sangt tinggi kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG, MAHA BERKUASA ATAS TIAP2 SESUATU. W/p jauh di sudut hati, trkdg rsa takut dn trasa sepi tnpa khadiran insan dtg mnemani. Tapi...di situlah ALLAH S.W.T dtg mnguji kekuatan dan keyakinan hamba2Nya trhdpNya apabila ditimpa musibah/ujian hidup.

Shbt2ku prnah brtanya pdku,"...x tkut ke sorg2 ni?..bahayalah...". Mmg! aku prnah mngalami saat yg berrisiko dn bahaya jika tnpa teman di sisi. Namun bgtu, alhmdulillah..stinggi kesyukuranku pd ALLAH S.W.T. YANG MAHA AGUNG, DIA-LAH MAHA PEMELIHARA DAN MAHA MENJAGA. Aku di saat itu mmg tiada insan yg dpt menemaniku dan aku sngt trdsak, punyai hal musthak utk diselesaikn.
Aku hnya mmpu mngucapkn ," hasbiyallahu wani'mal wakil, walaa haula walaa quwwata illa billahil a'liyyil a'zim.." yg brmksud,"Ckuplah ALLAH bagiku, tiada upaya dan kekuatan melainkan ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG..". Aku meletkkn spnuh  pghrapn hnya pd ALLAH A'ZZAWAJALLA. Alhmdulillah..most of the time i'm facing everysingle thing in my life alone. Because sometimes, from there, i found my own strength without others help. I put 100% my trust in ALLAH!..Thank you ALLAH THE ALMIGHTY for helping me till this moment and until the END of my life as well...

Keep praying to ALLAH to give the strength and never and ever give up!..From there, insyaALLAH, and be trust 100%ALLAH. HE will put a piece of 'LOVE OF MIRACLE' in your heart.

This is a 'SECRET' that not everybody could feel it. A miracle of LOVE comes from HIM  is very PRECIOUS which cannot tell but only can fell it when we close our eyes and touch deeply into ur heart...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahukakbar! Laa ilaahaillallah Muhammadurrasulullah!...

ALLAH IS ENOUGH FOR ME & YOU ARE NEVER ALONE!!!

Try to listen and carefully understand then absorb it into your lovely heart...touch it!
~ALLAH IS ALWAYS THERE FOR YOU!




Semoga bermanfaat!

Kenali erti Cinta yang sebenarnya agar Cinta yang ditemui sentiasa di bawah keredhaan dan rahmat ALLAH S.W.T.
Jadikan Cinta kepada ALLAH S.W.T. asas kepada Cinta segalanya di dunia ini. Kerana di situlah, dikau pasti menemui betapa indahnya sebuah Cinta dan pasti engkau akan sentiasa ingin menghargaiNya.

Jakallahu khairan kathira kerana meluangkan masa membaca coretan kalbi.

Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa melimpahkn rahmat dan kasihNya kepada semua, Barakallahu fikum!

Allahumma amin!..
wallahua'lam,wassalam.
(^_^)