Thursday, July 28, 2011

~Jangan pernah lelah wahai Mujahid ku!

 
Izinkan Aku Bercerita Tentangmu…!!!

Jangan pernah lelah wahai Mujahidku..
Kerana ku kan senantiasa di belakangmu untuk mendukungmu..
Jangan kau tengok ke belakang, lihatlah kedepan..
Di depan ada musuhmu, musuh Tuhan kita..
Jadikan mereka terhina dengan kekuatanmu..
 
 
Janganlah ragu untuk melepaskan peluru dari selongsong senapangmu..
Bidiklah tepat dijantungnya..
Jadikan ia mati sia-sia, tak memberi kemenangan bagi sekutunya..
Maju terus! jangan pernah menyerah!
Lepaskanlah duniamu..
Kerana sungguh! dunia ini hina..
Sesungguhnya di sisi Tuhan kitalah sebenar-benarnya kebahagiaan..
Ingatlah isteri-isteri akhiratmu menunggumu dengan penuh cinta..
Mereka senantiasa mendendangkan syair kerinduan..
Hanya untukmu, hanya untukmu....
wahai Mujahid ku....
 

Friday, July 22, 2011

ya ALLAH,tabahkan qolbi !


    Kesedihan ialah penyakit jiwa yang boleh mengundang bahaya. Namun rasa kesedihan, kebimbangan, susah hati banyak melanda manusia pada waktu ini. Sedihnya, kebanyakan manusia menemui jalan buntu untuk mengubati penyakit ini sehingga ada yang berputus asa.

Bagaimana mengatasi kesedihan?

Hmm..bukankah orang yang beriman itu ada Al-Quran untuk diambil panduan, ada doa yang boleh dipohon, ada solat yang dapat menghampirkan diri kepada ALLAH yang sekaligus dapat menghilangkan kesedihan itu...? selain itu amalan bersedekah, perbuatan baik, dan amalan lain boleh memberi manfaat daripada terus bersedih..Nah! sebab itulah kita jangan bersedih..ia tidak mendatangkan apa manfaat pada kita selain membuat kita terus rasa ‘down’...dari kita bersedih tu, baik kita lakukan perkara yang boleh beri manfaat atau kebaikan pada orang lain..

Adakah jalan bahagia?

Jawapannya, ada! Kita ada banyak pilihan untuk mendapatkan kebahagiaan yang diidam..antaranya:

 Beriman
 Sebuah hadith riwayat Muslim, daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.aa berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“ Memang sangat menakjubkan keadaan orang Mukmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan baginya dan ini tidak akan berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila memperolehi kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu kebaikan baginya. Apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka yang demikian itu juga kebaikan baginya.”

 Lupakan masa lalu
 Semua yang telah berlaku disebabkan perhatian yang terpaku kepada peristiwa silam, merupakan kebodohan dan kegilaan.. Bayangkan, kita hanya berdiri didepan pintu yang sama sedang pintu lain sebenarnya telah terbuka.. Bukankah ia suatu perkara yang sia-sia? Kenapa perlu kita membuang masa kita menunggu pintu yang telah terkunci itu dibuka sedang banyak pintu lain telah sedia terbuka? Renungkan..

Jangan sibukkan diri dengan masa depan
 Masa depan masih berada dialam ghaib.. Jangan terlalu risau memikirkannya, ia akan datang jua dengan sendirinya.. ALLAH  berfirman dalam surah Yunus ayat 62 yang bermaksud:

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak pula berdukacita.”

“Tiada Kebimbangan” adalah tiada kebimbangan tentang perkara-perkara yang belum berlaku. Manakala “Tidak Berdukacita”  pula adalah tidak  susah hati pada perkara-perkara yang sudah berlalu..

Berzikir
 Berzikirlah kepada ALLAH dengan sebanyak-banyaknya, nescaya anda akan memperoleh ketenangan dan kedamaian  sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-Ra’d ayat 28:

“ Orang yang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Sedar
 Perlu sedar bahawa tiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan qada’ dan qadar dari ALLAH.. Dan setiap yang terjadi itu berhikmah, andai saja kita memikirkannya..

Jangan mengharap
 Apabila anda memberikan sesuatu, jangan anda terlalu mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.. Bimbang andai anda tidak mendapat ucapan terima kasih, anda akan berasa sedih sekaligus membuatkan anda rasa putus asa atau hilang semangat untuk terus melakukan sesuatu kebaikan kerana anda merasakan seolah-olah ia tidak dihargai..

Berfikir
 Andai saja kita tahu bahawa setiap yang berlaku itu hakikatnya adalah baik untuk kita.. Bukankah DIA tidak akan sesekali menzalimi hamba-NYA? Hanya DIA Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk hamba-NYA..

Ingat
 Terkadang kita rasa kesusahan atau kesedihan yang melanda kita itu akan berpanjangan dan ia tidak mendatangkan kebaikan melainkan hanya mendatangkan perkara-perkara buruk yang lain.. Kita akan rasa kesulitan ini tiada penghujungnya, tiada penamatnya, dan tiada penyelesaiannya.. Tapi bukankah telah dijanjikan DIA bahawa disebalik setiap kesusahan itu ada kemudahan? Andai saja kita ingat..

Jangan Putus asa
 Kita begitu mudah berputus asa bila ditimpa sesuatu masalah.. Kita mudah mengeluh dan tidak cuba sehabis baik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.. Andai kita mencari jalan penyelesaian pun, jika ia gagal, kita akan tetap berputus asa.. Kebanyakan kita manusia, sering berputus asa waima ia adalah perkara remeh-temeh.. Inilah apa yang dikatakan sebagai satu pembaziran masa.. Bukankah lebih baik masa yang di ‘luangkan’ untuk bersedih itu, kita gunakan untuk mengulangkaji pelajaran, berbakti pada ibubapa, membantu sahabat-sahabat yang memerlukan, atau mendekatkan diri dengan ALLAH? Fikir dan renungkan..

Ada Jalan Keluar!
Jalan keluar dari setiap kesusahan dan kesedihan itu ada.. Tapi ia bersyarat! Jika kita mahukannya, kita hendaklah bertqwa kepada ALLAH! Sebagaimana firman ALLAH dalam surah al- Talaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“ Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.”

Jom doa agar dihilangkan segala kesedihan kita!

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlidung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil. Aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan seseorang.”

Kisah Abu Umamah yang diceritakan dalam hadis yang  diriwayatkan oleh Abu Daud bisa dijadikan sebagai satu iktibar. Dimana Abu Umamah pada suatu hari kelihatan begitu sedih. Lalu ditegur oleh Rasulullah SAW apa punca kesedihannya. Abu Umamah kemudian menjawab, “Aku sedih kerana aku banyak hutang wahai Rasulullah! ” Kemudian Rasulullah bertanya, “Mahukan engkau aku ajarkan kata-kata yang jika engkau mengucapkannya nescaya ALLAH menghilangkan segala kesedihananmu dan menyelesaikan hutangmu?”. Abu Umamah menjawab, “Sudah tentu Ya Rasulullah.” Lalu Baginda SAW terus mengajarkan doa diatas dan berpesan agar ia dibacakan pada waktu pagi dan petang.

Abu Umamah berkata, “ Lalu doa itu aku amalkan dan ALLAH pun menghilangkan kesedihanku juga melangsaikan hutangku.”

Wallahua’lam...

Friday, July 15, 2011

~Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah…

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,\
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan  melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.
 
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
\Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
  
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
 
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai  persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya  menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! 
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

Thursday, July 14, 2011

~wasiat oleh Syeikh Mutawalli Sya’rawi rahimahullah yang ditujukan kepada presiden Mesir


"Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,

Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
...

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.

Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud).
(surah al-baqarah :258)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.

Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami) ".

Sunday, July 3, 2011

~Resepi 1: Kuah Kacang Daging.

Bahan-bahan ( )
·        - 300 g daging
·         -200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
·         -5 sudu gula merah/ gula melaka
·        - 2/3 cawan gula putih
·         -garam
·         -1 cawan air asam jawa
·         -½ cawan santan pekat
·         Bahan-bahan tumis :-
·         -2 batang serai
·         -5 cm kulit kayu manis
·         -2 biji bunga lawang
·         -2 biji buah pelaga
·         -¼ cawan minyak masak
·         Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
·         -20 tangkai cili kering
·         -3 ulas bawang putih
·         -15 ulas bawang merah
·         -6 biji buah keras
·         -1 cm belacan
·         -1 sudu teh jintan manis
·         -1 sudu teh jintan putih
·         -1 sudu teh ketumbar
Cara-cara
1.     Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
2.     Daging direbus sehingga lembut. Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
3.     Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
4.     Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
5.     Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
6.     Tambah gula merah, gula putih dan garam.Biar mendidih seketika
7.     Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
8.     siap utk di hidang
pesanan,jika tk suka mkn dgn nasi impit boleh di makn dgn cucur udang,selamat mencuba !..(^^,)

~Tintaku buat bakal Zauji...

    Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
   Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
 Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ummi dan abi. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata .
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
        Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang   agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
 Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) " 
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)
       Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
     Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
    Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak.      Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu..amin Wahhab,amin ya Rabbal a’lamin!
                                                     
                                                                  (Khas buat bakal Zauji)

Saturday, July 2, 2011

~Surat Cinta untuk Jiwaku...

 
 Bismillahirrahmaanirrahim...
   Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

  Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

  Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

  Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

  Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

        Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

  Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

  Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

   Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya
     "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab, Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah". wallahua'lam.

~ SALAM PERJUANGAN DAN SALAM MUHASABAH ~

~Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati

   Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.
Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

  Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
   Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.
    Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali. Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.

Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.

Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.

Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.


   Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikhrah dari Allah. Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Isi Terpenting Istikharah

Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?

Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?

  Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang. Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

   Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

"Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) "(152)

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar "(153) (Sapi Betina -Albaqarah)


Bila Mahu Dilakukan?

Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Mengapa Solat?

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.
Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.
Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.
Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.
Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

  Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.wallahua'lam.(^_^)

~Amal yang melepaskan dari Neraka menurut Sunnah.

1 . Rasulullah s . a . w bersabda : Terdapat 3 perkara yang boleh melepaskan :

a . Takut kepada Allah ketika bersunyi – sunyi dan berterang – terangan .
b . Berlaku adil ketika suka dan marah .
c . Qasad (bersikap sederhana ) pada waktu kaya dan fakir .

Amal yang membinasakan :
a. Mengikut Hawa nafsu .
b . Bakhil .
c . ‘ Ujub' ( angkuh dan terlalu kagum kepada diri sendiri ) . ( Abu al – Syeikh dan Tabrani )

2 . Rasullullah s . a. w bersabda : Amal – amal yang membawa ke syurga – Yusuf al – Badriy

“ Terdapat tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara pula yang melepaskan , tiga perkara yang menhapuskan , dan tiga peringkat darjat ’’ .

Perkara – perkara yang membinasakan tersebut ialah : Kebakhilan , mengikut hawa nafsu , dan mengagumi diri sendiri . Maka ketiga – tiga sifat ini , jika sudah ada pada seseorang , maka nasib orang tersebut sangat malang . NAUZUBILLAHIMINZALIK..

Manakala perkara – perkara yang melepaskan ialah : adil ketika marah Dan reda ( suka ) . Qasad ( sederhana ) pada waktu miskin dan kaya , Dan takut kepada Allah SWT pada waktu bersunyi – sunyi dan berterang – terangan .

Perkara – Perkara Yang menghapuskan Dosa : Terdapat beberapa perkara yang boleh menghapuskan dosa – Orang islam . Sebahagian darinya ialah ; Menunggu sembahyang Sesudah sembahyang , menyempurnakan wuduk dan melangkah Ke mesjid untuk sembahyang bersama para jemaah .
 Adapun darjat yang Tiga ialah : Memberi makan , menyebutkan salam , dan sembahyang Malam ketika orang lain sedang tidur . ( Riwayat Tabrani ) 
 wallahua'lam..^^