Saturday, December 24, 2011

~Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya..

Imam al-Ghazali berpesan kepada anak perempuannya di hari penuh kebahagiaan anaknya itu;


... Anakku!Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu.

jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.


Semoga pesanan ini juga bermanfaat buatku suatu hari kelak,insyaALLAH!.

Wallahua'lam.

Friday, December 23, 2011

~Ketahuilah wahai dirimu...

Ketahuilah wahai dirimu...

bahawa diri ini tidak selayak untuk menjadi pendamping hatimu...
jika dirimu mencari yang solehah, masih ramai wanita di sana yang lebih solehah dariku..
jika dirimu mencari yang bijak, masih ramai wanita yang lebih bijak dariku..
jika dirimu mencari yang kuat dalam perjuangan ini, masih ramai wanita yang lebih tabah dan cekal dalam perjuangan ini dariku...
jika dirimu mencari wanita yang cantik, masih ramai wanita yang lebih cantik, ayu lagi rupawan dariku...


Ketahuilah...
diriku ini tidak memiliki apa2..
diriku ini hanyalah seorang wanita biasa..
hanya ALLAH sahaja yang menjadi tempat persandaranku, tempat diluahkan segala isi hatiku..

Cukuplah ALLAH bagiku...Allahurabbul a'lamin!

Buat insan yang kukasihi kerana ALLAH...



Friday, December 16, 2011

~Nasihat buat seorang Isteri...(dari kisah Fatimah r.a & Ali)

  Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.a dlm keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahandanya. Baginda melihat kedua mata Fatimah r.a berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih.


Lalu baginda bertanya; 'Mengapa wahai anakku?'

Fatimah r.a menjawab;
"Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya; 'Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah SWT"

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah r.a; " Wahai anakku, Demi dzat yang telah mengutusku sebagai nabi dgn agama yang Haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solah jenazahmu" Kemudian, baginda selaku seorang ayah menasihati puterinya;

1. Wahai anakku, tidakkah engkau ketahui bahawa redha suami adalah redha Allah dan kemarahan suami adalah kemarahan Allah.

2. Wahai anakku, seorang wanita yang beribadah betul2 seperti ibadah Mariam puteri Imran tetapi suaminya tidak redha kepadanya, Allah swt tidak akan menerima ibadahnya.

3. Wahai anakku, amal yang paling utama bagi para wanita ialah TAAT suami dan sesudah itu tidak ada lagi amal yang paling utama dari duduk bermesra-mesraan dengan suaminya

4. Wahai anakku, duduk satu jam bergaul mesra dengan suami lebih baik dari ibadah satu tahun dan dicatat tiap-tiap pakaian yang dikenakan pada waktu bergurau mesra seperti pahala seorang yang mati syahid.

4. Wahai anakku, sesungguhnya seorang wanita jika bergurau senda dan memakaikan pakaian untuk suaminya serta anaknya, pasti baginya syurga. Allah swt membina sebuah kota di syurga untuk setiap pakaian yang dipakaikannya.



Sabda Rasulullah s.a.w ; " Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hatimu, apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tiada, dia menjaga maruahnya dan menjaga hartamu" {Riwayat al-Tabarani}

Thursday, December 15, 2011

~Futuwwah Mahabbah...

Inilah dia cinta...



Ada yang mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.

Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.

Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.

Dan Dia semata.

Dan itulah dia cinta.

Bila segalanya dihadapkan pada Dia.

Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya

Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,

dan mengegarkan kita akan azabNya,

akan kelam kelibut hari kebangkitan.

Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.

Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.

Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.

Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?

Menyerahkan semua urusan kepadaNya?

Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.

Dan demikianlah itu cinta.

ianya yakin..

redha..

dan saliim..

Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan..

walau tak pernah bersua..

mengenal..

mahupun bersentuh..

itulah dia cinta..

anugerah atas cinta keranaNya..

Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,

apatah lagi menyebabkan putus asa.

Kerana setiap pilihan kita,

tindakan kita,

dan langkah kita,

adalah demi cintaNya.

Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..

Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
"Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Moga aku menyintai mereka dan perkara2 yang mendekatkan aku akan cintaNya... amin ya Rabbal a'lamin!...


~Wasiat Rasulullah s.a.w kepada A'isyah...

   SAIYIDATUNA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati
wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan ni'mat dan rahmat tidak bersyukur;

(c) mengkufurkan ni'mat;

(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

(e) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(f) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;

(g) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(h) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(i) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(j) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;

(k) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cemeti daripada api;

(l) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;

(m) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(n) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah.)
Wallahu a'lam.

Sunday, December 11, 2011

~Pendamkanlah ia..kerana terlalu mahal untuk diluahkan..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Sekadar perkongsian buat diri dan sahabat2 Syurgaku...

    Pendamkanlah rasa cinta itu pada seseorang agar ia menjadi indah setelah pernikahan. Yakinlah seandainya dia ditakdirkan sebagai jodoh buatmu, pasti suatu hari akan dirimu dan dirinya akan bertemu, namun jika bukan ketentuan jodohmu, meskipun sehebat manapun usahamu, pasti ia akan terlepas pergi dan berlalu.


Mungkin benar, pasti terseksanya sekali hati menahan perasaanmu, betapa pahitnya mengawal hatimu, apatah lagi kekadang goyahnya iman didalam jiwamu, namun percayalah jika ia adalah ketentuan jodohmu, yang pahit akan menjadi manis bagi dirimu, dan yang terseksa menjadi sangat bahagia bagi hatimu.
 Redhakanlah perpisahan hatimu dengan perasaanmu, agar keredhaan Allah
sentiasa bersama-sama denganmu. Usah terlalu melayani perasaanmu, janganlah pula bermain dengan hatimu, kelak ia akan membinasakan dirimu, malah akan melemahkan pula jiwamu.

Letakkan harapan pada seseorang itu dengan penuh kesederhanaan, selagi ia bukan menjadi kepunyaan, biarlah mencintai dia secara diam dan pendamkanlah ia dalam kehidupan, kerana bimbang seandainya dirimu terlalu meletakkan tingginya harapan, jika ia bukan jodoh ketentuan, akan wujudnya beban kesedihan dan kekecewaan.

Seandainya dirimu ikhlas mencintainya kerana Allah Ta'ala, maka utamakanlah syari'atNya mengatasi kemahuan jiwa. Biarlah pahit diawalnya, namun yakinlah akan manis diakhirnya. Kerana barangsiapa hatinya ikhlas dalam sesuatu perkara kerana Allah Ta'ala, takkan sesekali mudah gusar dan resah didalam jiwanya, kerana hatinya yakin ada hikmah setiap ketentuan Yang Maha Esa..

Ingatlah, ketentuan Allah itu akan indah bila tiba masanya, kerana itu jangan mudah kecewa dan berdukacita.. Jika sesuatu itu telah ditakdirkan menjadi milik diri dlm kehidupan, meskipun ia bebas tanpa dipegang, pasti akhirnya ia akan kembali bila telah ditentukan. Namun seandainya ia bukan suatu ketentuan, meskipun sudah dalam genggaman, pasti akan tiba saat ia akan terlepas dari genggaman.

Yakinlah janji-janji Allah Ta'ala, barangsiapa yang mengikuti syari'atNya, pasti akan bertemu bahagia, namun barangsiapa mengingkari kehendakNya, pasti akan menderita akhirnya..

Seandainya berharap agar Allah menjaga hak-hak dirimu, maka jagalah hak-hakNya sebagai Tuhanmu. Ikutilah segala ketetapanNya dan jauhilah segala laranganNya...

Muhasabahkanlah hatimu apabila wujud perasaan cinta itu, fikirkanlah adakah ia benar-benar kerana Allah Ta'ala ataupun kerana nafsu. Seandainya kerana Allah Ta'ala, ikutilah syari'atNya, namun jika dirimu tidak mengikutinya, bererti dirimu mencintainya kerana nafsu didalam jiwamu semata2.. Renung-renungkanlah.

Ingatlah hakikat, seandainya tiada jodohmu didunia, pasti Allah akan mengurniakan jodohmu di akhirat sana. Jika tiada kebahagiaan bagi dirimu didunia, pasti Allah juga akan mengurniakan kebahagiaan padamu di akhirat sana. Namun semua itu memerlukan kunci dan kuncinya adalah sabar dan syukur sentiasa seiring mengikuti segala ketetapan syari'atNya..wallahua'lam.



Friday, December 9, 2011

~Nak memasak pun kene ada adabnya..kan lebih indah!


Bismillahirrahmaanirrahim...

   Sebagaimana yang kita ketahui, Islam sangat menitikberatkan soal makanan yang halal lagi baik. Betapa begitu pentingnya kita menjaga pemakanan kita. Kenapa ya sahabat2 ? Hmm, sudah tentulah demi menjaga kesihatan kita. Ini bagi membolehkan kita menjalankan ibadah kepadaNya. Dengan makanan juga, sangat berkait rapat dengan penjagaan hati kita. Hati adalah punca dalam diri kita. Jika baik hati, maka baiklah seluruh anggota badan. Mungkin ramai yang terlepas pandang dalam soal pemakanan.
Sebenarnya, makanan yang dimasak dan disediakan sendiri di rumah itulah yang terbaik  pada ana. Alhamdulillah, ana lebih suka memasak sendiri daripada membeli di luar yang belum tentu dijamin kesuciannya. Bagi yang sudah berumahtangga, makan masakan 'air tangan' isteri adalah suatu keberkatan.Semoga semakin bertambah kasih sayang suami isteri,insyaALLAH!.
  Alhamdulillah, di sini ada sedikit perkongsian dari ana untuk sahabat2 dalam adab memasak. InsyaALLAH, semoga sahabat2 beroleh manfaat darinya.Jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt, insyaALLAH!

1) Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu.

2) Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

3) Masuk ke dapur bacalah doa :
"Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa."
Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami."

4) Doa waktu menyukat beras dan memasukkannya dlm periuk:
"Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'."
Ertinya:." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar.

5) Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn."
Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 )

6) Doa membuka periuk ialah:
" Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu."
Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya."

7) Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kanan ke kiri.

8) Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:
" Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn."
Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.

9) Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:
" Watarzuqu man tasyaa u bighoiri hisaab."
Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."

10) Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

11) Membaca surah insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut,Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.

wallahua'lam..
~Selamat Beramal!(^-^)